Saturday, February 19, 2011

aPaKaH kEsUdAhAnYa????

ary niew aq rajin nk bercerita...alang2 aq bosan and tension mengadap subjek pengurusan dalam bimbingan dan kaunseling...so aq saje jew nk tulis..hahaha...umm...ape yew mksud kat atas tue??korang teka la..hahah..x dpt nk teka an..x pew aq cerita ae..hehe...kesudahan perhubungan yg aq bina selama niew...aq x tahu ape kesudahanya..umm..makin hari hubungan kitaorg makin teruk..aq pon x tahu npew..kadg2 aq terpikir ape salah aq...umm..tpi puas aq cri jwapan tpi aq x ketemui..sorg jew leh jwab persoalan aq iaitu DIA...umm..aq mgkn x leh nk jdi terbaik tpi aq cuba...aq nk DIA selalu happy...tpi kdg2 aq terpikr aq leh kew wat DIA hapyy...???aq mampu jwb cam new jew...sye x leh nk jdi cam DIA..sy nk jadi dri sendiri..so jgn sama kan sy ngan dia...kesabaran dan kekuatan perlu ada kt dri aq sekarang..aq cuba pertahankan hubungan niew dengan baik..selagi aq mampu aq akan cuba...cinta dan syg bukan mudah nk berpaling dengan sesuka2 ae...umm...sekarang aq cuba berusaha mempertahankan dan berserah...andainya DIA ada ihsan lain aq time seadanya..aq x an pergi kt sape2..sebab DIA ihsan terakhir yg aq syg tok peringkat umr aq cam new....umm..biar la jdoh aq tuhan yg tentukan...kdg2 bila kita rasa nk bahagia mesti byk halangan yg kita kena tempuhi..niew dugaan yg tuhan nk berikan kepada kita..so kita kuat hadapinya...antara aq ngan dia aq mampu berserah..satu jew aq nk DIA tahu..aq terlalu syg kat DIA..x de ihsan lain yg ada kat hati aq...aq nk jgk DIA tahu..time lah aq seadanya..ikhlas la dlm satu perhubungan...kejujuran dan kesetian perlu ada dalam satu perhubungan.....

Sunday, February 13, 2011

Janganlah Kau Risau Akan Jodohmu....

Jodoh Ketentuan Allah


Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapakah yang bakal ditentukan oleh Allah SWT untuk menjadi TEMAN hidup kita. Siapakah bakal suami atau bakal isteri yang akan berkongsi hidup bersama selamanya. Walaupun kita tidak mengetahui siapakah insan istimewa tersebut, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman untuk bakal pasangan kita bukan?

Terkadang Allah tentukan seseorang yang begitu hampir dengan kita sebagai jodoh, dan terkadang mungkin jauh dari pandangan mata kita. Ada juga yang bercinta, mungkin bertunang bahkan mungkin sampai berkahwin namun andai itu belum jodoh yang diberikan Allah sudah pasti akan ada ujian dan cabaran.

Mungkin andai tiada jodoh di waktu percintaan, tidak begitu menyakitnya berbanding cinta yang terputus di apabila telah sampai bertunang dan lebih-lebih lagi apabila sudah ke alam perkahwinan. Mungkin pada nilaian mata manusia itu adalah keputusan yang tidak munasabah dan tidak memikirkan hati orang lain. Sememangnya manusia perlu berusaha untuk membina kebahagiaan yang telah dibina atas dasar kasih sayang. Tetapi apa yang lebih penting kebahagian diri perlu diutamakan.



Dan Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan. Istilah ‘tiada jodoh’ jika kita sama-sama teliti sebenarnya terkandung dua 3 perkara penting yang perlu difahami:

1. Hikmah pengajaran

Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

2. Asbab bertemu jodoh

Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencinta diri anda.

3. Takdir

Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin anda pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

Semoga menjadi pedoman buat semua.... 


Disertakan Doa Pendekat Jodoh...amalkan di atas sejadah cinta....mohonlah pada Pencipta Maha Suci Cinta...Mudahan kamu bertemu jodoh yang baik...insyaAllah..